Apa Kehe Yeop !!!!
Welcome , Selamat datang , 歡迎 , வணக்கம



Semoga anda ceria dan positif hari ini. Kehadiran
anda amat dialukan untuk mendapat semangat
berterusan.

Setiap ahli adalah setiap tangga untuk forum ini
maju ke hadapan.


Terima Kasih Daun Keladi Sudah Baca Lu Pikir La Sendiri.




Apa Kehe Yeop !!!!

Welcome , Selamat datang , 歡迎 , வணக்கம
 
HomeCalendarFAQSearchMemberlistUsergroupsRegisterLog in

Share | 
 

 Menantu sultan K'tan temui ibu 'secepatnya'

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
JJB
Admin
avatar

Posts : 211
Join date : 22/05/2009
Location : Malaysia

PostSubject: Menantu sultan K'tan temui ibu 'secepatnya'   Tue May 26, 2009 7:18 am

Akhbar: Menantu sultan K'tan temui ibu 'secepatnya'



Ada khabar gembira buat ibu Manohara Odelia Pinot, menantu Sultan Kelantan, apabila dijanjikan akan ada satu pertemuan dengan anaknya yang berpisah sejak Mac lalu.

Khabar baik kepada Daisy Fajarina itu menyusul sehari selepas menerima tamparan hebat apabila sebuah organisasi pejuang wanita Pusat Bantuan Krisis Ratna Sarumpaet (RSCC) enggan membantunya kerana tiada bukti diserahkan berhubung dakwaan penderaan putera Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry Petra.

Akhbar dalam talian Detik.com hari ini melaporkan, wakil istana itu Datuk Kadar Shah Sulaiman menjanjikan satu pertemuan antara Manohara Odelia, kini digelar Cik Puan Temenggong Kelantan, dengan ibunya "secepatnya" setelah timbul dakwaan kontroversi sebulan lalu.

"Kami dapat keputusan untuk menyelesaikan persoalan ini secara kekeluargaan. Sekarang ini yang paling penting saya bisa mempertemukan ibu Daisy dengan anaknya," Kadar Shah dipetik berkata di sidang media di sebuah hotel di Jakarta.

Pemimpin Umno dari Muar itu hadir bersama Daisy.



Ibu Manohara Odelia sendiri dilaporkan mengenali Kadar Shah sejak lama dan menghormatinya.

Pada 20 April lalu, dalam satu sidang media di Jakarta, Daisy mendakwa beliau mempunyai bukti penderaan tersebut dan maklumat mengenainya disampaikan oleh orang istana sendiri yang bersimpati dengannya.

Beliau juga cuba mendapatkan bantuan polis dan jabatan kerajaan Indonesia untuk bertemu dengan Manohara Odelia setelah gagal berbuat demikian atas alasan dilarang masuk ke Malaysia.

Jabatan Imigresen segera menarik balik larangan tersebut setelah isu itu muncul meluas di kedua-dua negara berjiran ini.

Menurut media itu lagi, pertemuan tersebut kemungkinan diadakan di Singpura - seperti permintaan Daisy - dan kebetulan Sultan Kelantan sedang menerima rawatan di republik pulau itu.

Akhbar dalam talian yang terkenal itu menambah, selepas sidang media hari ini, Kadar Shah akan pulang ke Malaysia untuk bertemu dengan Manohara Odelia dan bertanya khabar.

Beliau dilaporkan dijadula bertemu bekas model muda Indonesia itu sama ada Jumaat atau Sabtu ini.

Setelah pertemuan itu, barulah akan diatur pertemuan Manohara Odelia dengan ibunya (foto kiri).

Akhbar yang sama semalam melaporkan Ratna Sarumpaet, seorang aktivis wanita dan penggiat seni popular Indonesia, berkata Daisy tidak pernah mengemukakan bukti kepadanya dalam usaha RSCC memberi khidmat bantuan guaman.

"Berulang kali kami minta bukti, seperti baju bekas diperkosa tetapi tidak bisa. Selalu alasannya sakit. Tetapi paginya sakit, siangnya dia diwawancara di hotel.

"Saya menjadi ragu dengan perjalanan kasus ini," Ratna dipetik berkata akhbar internet itu.

RSCC kemudian membuat keputusan menarik balik kesediaannya membantu Daisy, lapor Detik.com lagi.
Back to top Go down
View user profile http://llll0o0llll.forumotion.net
 
Menantu sultan K'tan temui ibu 'secepatnya'
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Apa Kehe Yeop !!!! :: Berita Umum Terkini-
Jump to: