Apa Kehe Yeop !!!!
Welcome , Selamat datang , 歡迎 , வணக்கம



Semoga anda ceria dan positif hari ini. Kehadiran
anda amat dialukan untuk mendapat semangat
berterusan.

Setiap ahli adalah setiap tangga untuk forum ini
maju ke hadapan.


Terima Kasih Daun Keladi Sudah Baca Lu Pikir La Sendiri.




Apa Kehe Yeop !!!!

Welcome , Selamat datang , 歡迎 , வணக்கம
 
HomeCalendarFAQSearchMemberlistUsergroupsRegisterLog in

Share | 
 

 Runtuh BN, tegaklah politik baru ( Artikel Menarik )

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
JJB
Admin
avatar

Posts : 211
Join date : 22/05/2009
Location : Malaysia

PostSubject: Runtuh BN, tegaklah politik baru ( Artikel Menarik )   Sat May 23, 2009 8:46 pm

Runtuh BN, tegaklah politik baru
Lee Ban Chen

Politik baru yang menjadi tumpuan di negara kita sejak penghujung abad ke-20 boleh ditakrifkan sebagai proses politik yang merupakan gerakan reformasi menentang korupsi, kronisme dan nepotisme.

Ia bertujuan memperjuangkan dasar-dasar kerajaan yang lebih bebas, demokratik, adil dan progresif bersesuaian dengan kepentingan masyarakat sivil, hak-hak asasi manusia serta nilai-nilai universal.

Sedangkan politik perkauman pula jati diri politik Umno, Perikatan atau Barisan Nasional yang bermula dengan penggantian slogan “merdeka” yang dikemukakan oleh Melayu progresif dengan slogan “Hidup Melayu” pada 1947 apabila Umno ditubuhkan.

Parti-parti politik berasaskan kaum sentiasa mendakwa diri mereka sebagai wakil kepentingan kaum terbabit dan kononnya memperjuangkan kedudukan, hak-hak dan kepentingan kaum masing-masing. Pada hakikatnya mereka sering memperalatkan nama dan sentimen kaum untuk mencapai kepentingan peribadi golongan berkuasa dan kroni-kroninya.

Sejak penubuhan, politik perkauman Umno, Perikatan atau Barisan Nasional secara berterusan memenangi setiap pilihanraya umum, seolah-olah institusi politik perkaumannya sudah terlalu berakar-umbi dan tidak dapat dikalahkan lagi.

Kerana, jika tampuk pemerintahan mereka terancam, maka mereka dengan tidak teragak-agak dan sewenang-wenang akan menggunakan akta ISA untuk menahan musuh politiknya, malah digertak dengan ulangan tragedi 13 Mei.

Namun tsunami politik 8 Mac 2008 sudah membuktikan bahawa ideologi politik baru yang rentas sempadan kaum, politik perkauman Umno, Perikatan atau Barisan Nasional juga boleh dikalahkan.

Dengan kata lain, dakwaan bahawa Umno atau Barisan Nasional tidak terkalahkan sudah menjadi dongeng politik pra-8 Mac!

Pakatan Rakyat, terutama di lima negeri yang diperintahnya, seolah-olah sudah diamanahkan dengan tugas untuk melaksanakan politik baru di negara kita.

Pada umumnya mereka disambut baik oleh rakyat pelbagai kaum sehingga rampasan kuasa Barisan Nasional di Perak - yang mengingkari kemahuan pengundi - telah dihukum dalam pilihanraya kecil di Bukit Gantang dan Bukit Selambau dengan majoriti yang lebih besar berbanding dengan majoriti yang diperolehi oleh calon-calon Pakatan Rakyat pada pilihanraya umum lalu.

Umno dan parti-parti komponen BN terpaksa mengaku kini mereka sudah tiada pilihan lagi melainkan berubah atau diubahkan. Kekalahan pada pilihanraya kecil di dua Bukit itu sudah mematikan akal Umno dan Barisan Nasional seperti runggutan timbalan perdana menteri.

Tan Sri Muhyiddin Yassin melahirkan kekecewaan bahawa peruntukan-peruntukan yang diberikan kepada pengundi seolah-olah tidak dihargai! Barisan Nasional mungkin tidak mahu mengambil risiko untuk meletakkan calonnya dalam pilihanraya kecil yang bakal diadakan di DUN Penanti, Pulau Pinang untuk mengelak nasib yang sama seperti pada pilihanraya kecil awal April lalu.

Meskipun saf pimpinan baru Umno dalam era Najib Razak berjanji akan berubah dengan slogan baru "Satu Malaysia, Rakyat didahulukan, dan pencapaian diutamakan", namun tidak ramai yang percaya politik perkauman Umno sanggup diubah.

Sebab-sebabnya:

Pertama, peluang keemasan bagi Umno berubah sepatutnya selepas pilihanraya umum 2004 sewaktu perdana menteri Abdullah Ahmad Badawi telah diberi mandat yang kuat. Namun mandat itu telah disia-siakan kerana Pak Lah tidak berupaya melaksanakan perubahan seperti yang dijanjikan.

Beliau malah terpaksa berundur selepas tsunami 8 Mac akibat tentangan dan desakan kumpulan Dr Mahathir Mohamad-Najib-Muhyiddin dari dalaman dan strategi rampasan kuasa Anwar yang adventuris dan agresif dari luar.

Kedua, perdana menteri baru dibebani banyak unsur negatif, termasuk:

* Beliau masih dibelenggu momok kes bunuh Altantuya Shaariibuu dan skandal pembelian kapal selam Scorpene. Tidak disangka, Dr Mahathir juga berpendapat bahawa Najib perlu berbuat sesuatu untuk membersihkan namanya - yang tercalar dengan isu Altantuya dalam media luar negara - agar persepsi negatif rakyat dapat dihakiskan.

* Dr Mahathir yang berjaya memainkan peranan “king maker” seakan-akan berlagak sebagai pemimpin de facto Umno dan cuba “mempengaruhi” setiap keputusan Umno – daripada kelayakan ahli kabinet baru Najib sehingga sama ada patut atau tidak Barisan Nasional meletakkan calonnya dalam pilihanraya DUN Penanti, 23 Mei ini.

* Imej “sederhana” yang cuba dibina melalui gagasan "Satu Malaysia", pembebasan tahanan ISA dan pemansuhan larangan terhadap terbitan Harakah dan Suara Keadilan tercemar dengan begitu cepat sekali kerana:

(a) Beliau elak mengulas laporan Utusan Malaysia yang menyeru ‘Bangkitlah Melayu’ agar bersatu dalam berhadapan dengan tuntutan kaum lain yang kini dilihat "semakin keterlaluan” yang nyata sekali amat bersifat rasis dan bertentangan dengan gagasan "Satu Malaysia" anjuran Najib.

(b) Baru-baru ini tiga orang dilaporkan menjadi mangsa terbaru akta ISA dan menteri penerangan Datuk Seri Dr Rais Yatim mempertahankan ISA dalam satu program televisyen BBC.

Malah beliau memberi arahan kepada pengendali-pengendali stesen TV dan radio swasta agar aspirasi kerajaan hendaklah disebarkan dengan secukupnya demi menjamin kemenangan BN dalam pilihanraya yang akan datang.

(c) Kebebasan media tersekat, misalnya wujud arahan agar nama-nama Abdul Razak Abdullah Baginda, Najib dan isterinya tidak disebut dalam segala laporan media berkaitan dengan kes Altantuya.

(d) Politik perkauman Umno dan Barisan Nasional yang sudah diinstitusikan melalui dasar-dasar kerajaan dan kumpulan berkepentingan tentu cuba mengekalkannya demi mempertahankan kuasa politik dan kepentingan individu.

Jika perubahan Umno dalam era Najib hanya “indah khabar daripada rupa”, maka adakah politik baru Pakatan Rakyat boleh diharapkan?

Kemenangan calon Pakatan Rakyat di Bukit Gantang dan Bukit Selambau dan keraguan BN untuk meletakkan calon di DUN Penanti secara simbolik membayangkan sokongan pengundi kepada pakatan tersebut untuk memperjuangkan politik baru sungguhpun ia juga pernah mengecewakan mereka, terutamanya:

bullet buttonRampasan kuasa melalui lompatan parti secara beramai-ramai - seperti dijanjikan oleh Pakatan amnya dan Anwar Ibrahim khasnya - terbukti gagal, penyokong PK seolah-olah terperdaya dalam perkara ini.

bullet buttonTaktik melompat parti yang digunakan Anwar sebaliknya diperalat Barisan Nasional untuk merampas kuasa kerajaan gabungan pembangkang di Perak dan menimbulkan krisis perlembagaan, hingga sekarang.

* Selepas rampasan kuasa Anwar gagal, kumpulan presiden PAS Abdul Hadi Awang pula dilaporkan ingin menghidupkan perbincangan dengan Umno berkaitan penubuhan kerajaaan perpaduan dengan BN. Mujurlah isu itu kini kelihatan sudah tinggal dalam lipatan sejarah.

* Perselisihan faham dan pergeseran perwatakan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat sering berlaku secara terbuka.

* Kewujudan anasir-anasir oportunis, korup dan tidak bertanggungjawab dalam kalangan pimpinan Pakatan Rakyat.

Bagaimanapun, merealisasikan cita-cita politik baru di negara kita menjadi tugas sejarah yang patut dipikul oleh seluruh rakyat Malaysia, antara lain:

* Benteng politik perkauman Umno dan Barisan Nasional mesti ditumpaskan sebelum politik baru dapat bertapak, proses ini perlu dimulai daripada penolakan secara tuntas segala dasar, falsafah dan institusi politik perkauman di negara kita.

* Pakatan Rakyat yang longgar perlu disusun semula melalui penggubalan program minimum bersama dan rumusan disiplin yang dapat dikuatkuasakan.

* Prinsip "mencari persamaan sementara menyimpan perbezaan" (atau, seek common grounds while reserving differences) yang menjadi semangat barisan bersatu perlu dihayati dan diamalkan demi kepentingan perjuangan bersama Pakatan Rakyat.

* Bersedia untuk memenangi pilihanraya umum akan datang agar sistem dua barisan, iaitu persaingan yang lebih adil dan seimbang antara Pakatan Rakyat dengan Barisan Nasional dapat diwujudkan demi kepentingan politik baru negara kita.

* Masyarakat sivil dan badan-badan bukan kerajaan hendaklah menentang politik perkauman baik daripada BN atau Pakatan Rakyat agar politik baru dapat bertapak dan berakar umbi di negara kita.

Artikel ini diubahsuai daripada ucapan penulis di seminar anjuran bersama Therocknews.com dan jawatankuasa hak sivil Dewan Perhimpunan Cina Selangor dan KL pada 22 April 2009

Sumber :

http://www.malaysiakini.com/columns/104224
Back to top Go down
View user profile http://llll0o0llll.forumotion.net
 
Runtuh BN, tegaklah politik baru ( Artikel Menarik )
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Apa Kehe Yeop !!!! :: Isu - Isu Terkini Politik Barisan Nasional-
Jump to: