Apa Kehe Yeop !!!!
Welcome , Selamat datang , 歡迎 , வணக்கம



Semoga anda ceria dan positif hari ini. Kehadiran
anda amat dialukan untuk mendapat semangat
berterusan.

Setiap ahli adalah setiap tangga untuk forum ini
maju ke hadapan.


Terima Kasih Daun Keladi Sudah Baca Lu Pikir La Sendiri.




Apa Kehe Yeop !!!!

Welcome , Selamat datang , 歡迎 , வணக்கம
 
HomeCalendarFAQSearchMemberlistUsergroupsRegisterLog in

Share | 
 

 Yang Benar Ditegakkan, Benang Yang Basah Usah Ditegak-Tegakkan...

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
JJB
Admin
avatar

Posts : 211
Join date : 22/05/2009
Location : Malaysia

PostSubject: Yang Benar Ditegakkan, Benang Yang Basah Usah Ditegak-Tegakkan...   Sat May 23, 2009 5:34 pm



Yang Benar Ditegakkan, Benang Yang Basah Usah Ditegak-Tegakkan...

Setelah sekian lama dilanda ‘krisis rumahtangga’, akhirnya Kerajaan Negeri Perak kini sah menjadi milik BN yang dipimpin oleh YAB Datuk Seri Dr Zambry. Beliau telah diisytiharkan sebagai Menteri Besar Perak yang sah oleh Mahkamah Rayuan Putrajaya, semalam. Berdasarkan keputusan panel tiga hakim iaitu Mohd. Raus Shariff, Zainun Ali dan Ahmad Maarop, pelantikan Zambry bagi menggantikan Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin pada 6 Februari lalu adalah betul.

Sejak dari awal lagi saya yakin bahawa keputusan yang diambil oleh Sultan Perak, Sultan Azlan Shah adalah tepat dan bijaksana setelah Nizar tidak lagi mendapat sokongan majoriti dalam Dewan Undangan Negeri (DUN). Baginda yang berpengalaman luas sebagai hakim dan mahir dalam aspek perlembagaan, begitu objektif dalam pertimbangannya yang berpaksikan undang-undang. Keputusan Sultan Azlan Shah melantik Zambry lebih ditafsir oleh pembangkang memihak kepada BN. Tetapi bagaimana pula keputusan baginda ketika menolak permohonan penubuhan kerajaan BN di Perak selepas pilihan raya umum lalu walaupun UMNO adalah parti yang mendapat kerusi terbanyak?

Ini kerana Sultan Azlan merasakan UMNO tidak mendapat sokongan majoriti jika DAP, PKR dan Pas membentuk pakatan dalam DUN. Keputusan baginda ketika itu dilihat memihak kepada pembangkang tetapi diterima baik oleh BN. Apa pun saya berharap semua pihak menghormati dan akur keputusan Mahkamah Rayuan. Kedua-dua pihak telah diberi peluang berhujah. Inilah masa rakyat menilai tingkah laku parti-parti politik. Mereka sudah bosan dengan politiking yang keterlaluan.

Keadilan bukan hanya milik pembangkang. Janganlah apabila hanya menang kes maka menyifatkannya sebagai kemenangan untuk rakyat dan apabila tewas, memperlekehkan mahkamah dan pihak yang menang. Saya geleng kepala apabila Ketua pembangkang, Anwar Ibrahim yang bakal hadapi satu lagi kes tuduhan liwat, mendakwa badan kehakiman kita sudah hancur sementara Mursyidul Am Pas, Nik Aziz Nik Mat menuduh BN tidak bermoral dan tak bertamadun. Saya nak bertanya, bertamadunkah pihak yang tidak menerima keputusan mahkamah? Dalam kita berpolitik, janganlah sampai menjadi riak.

Pandangan peribadi saya, keputusan mahkamah Jumaat lalu juga adalah tanda kejayaan kepada demokrasi. Tidak timbul soal membubarkan DUN kerana punca berlaku semua ini adalah atas masalah dalaman parti pembangkang sehingga tiga ADUN mereka keluar parti menjadi wakil bebas menyebabkan BN mendapat sokongan majoriti. Jika itu berlaku kepada kerajaan parti pembangkang, apakah mereka akan membubarkan DUN, yang jawapannya sudah tentu tidak.

Malah Anwar pernah menggerakkan cubaan menggulingkan kerajaan menerusi lompat parti bagi menguasai majoriti Dewan Rakyat (sebelum mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong) tanpa pun mahu pembubaran Parlimen. Nampaknya strategi makan tuan.

Apa yang penting kini, Kerajaan BN Perak perlu terus menumpukan perhatian terhadap agenda pembangunan serta pembelaan rakyat secara menyeluruh, tanpa ada mana-mana kaum yang akan rasa tersisih. Ingatlah bahawa ini bukan kemenangan mutlak kita, kerana sesungguhnya rakyat sedang menghakimi kita dan keputusan rakyat akan ditentukan pada PRU 13 akan datang. Ini pastinya akan berlaku dalam masa kurang empat tahun dari sekarang. Nescaya ia bukanlah satu masa yang panjang yang boleh dipandang enteng oleh kita Barisan Nasional.

Besar harapan saya serta seluruh ahli –ahli BN yang lain untuk melihat Perak sebagai negeri contoh pentadbiran BN, jadilah kerajaan yang benar-benar prihatin kepada rakyat. Sesungguhnya tiada sebab bagi pengundi menghukum kita, seandainya kita bekerja keras untuk membela nasib rakyat jelata dengan penuh keikhslasan. Salam perjuangan dari saya. Wassalam…

Sumber :

http://www.eizwan.com/2009/05/setelah-sekian-lama-dilanda-krisis.html
Back to top Go down
View user profile http://llll0o0llll.forumotion.net
 
Yang Benar Ditegakkan, Benang Yang Basah Usah Ditegak-Tegakkan...
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Apa Kehe Yeop !!!! :: Blog Panas Barisan Nasional-
Jump to: