Apa Kehe Yeop !!!!
Welcome , Selamat datang , 歡迎 , வணக்கம



Semoga anda ceria dan positif hari ini. Kehadiran
anda amat dialukan untuk mendapat semangat
berterusan.

Setiap ahli adalah setiap tangga untuk forum ini
maju ke hadapan.


Terima Kasih Daun Keladi Sudah Baca Lu Pikir La Sendiri.



Apa Kehe Yeop !!!!
Welcome , Selamat datang , 歡迎 , வணக்கம



Semoga anda ceria dan positif hari ini. Kehadiran
anda amat dialukan untuk mendapat semangat
berterusan.

Setiap ahli adalah setiap tangga untuk forum ini
maju ke hadapan.


Terima Kasih Daun Keladi Sudah Baca Lu Pikir La Sendiri.



Apa Kehe Yeop !!!!
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Apa Kehe Yeop !!!!

Welcome , Selamat datang , 歡迎 , வணக்கம
 
HomeLatest imagesSearchRegisterLog in

 

 Najib Lebih Pentingkan Diri Sendiri Daripada Ahli Umno Penanti

Go down 
AuthorMessage
JJB
Admin
JJB


Posts : 211
Join date : 22/05/2009
Location : Malaysia

Najib Lebih Pentingkan Diri Sendiri Daripada Ahli Umno Penanti Empty
PostSubject: Najib Lebih Pentingkan Diri Sendiri Daripada Ahli Umno Penanti   Najib Lebih Pentingkan Diri Sendiri Daripada Ahli Umno Penanti Icon_minitimeSat May 30, 2009 8:59 am

Najib Lebih Pentingkan Diri Sendiri Daripada Ahli Umno Penanti Banner13

Najib Lebih Pentingkan Diri Sendiri Daripada Ahli Umno Penanti Mansor10

Najib Lebih Pentingkan Diri Sendiri Daripada Ahli Umno Penanti

Ramalan Timbalan Pengerusi Umno Pulau Pinang, Zainal Abidin Osman bahawa kira-kira 5,000 ahli Umno tidak akan keluar mengundi dalam pilihan raya kecil Penanti esok kerana calon BN tidak bertanding tidak mengejutkan.

Ini berdasarkan beberapa faktor yang berlaku kebelakangan ini yang menyebabkan populariti Umno dan Barisan Nasional semakin merosot di peti undi terutamanya dikalangan ahli Umno dan penyokong BN sendiri.

Menurut Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Keadilan Rakyat, Badrul Hisham Shahrin keputusan Presiden Umno yang juga Pengerusi BN, Najib Razak telah menghampakan ahli Umno dalam kawasan Penanti khususnya dan Pulau Pinang amnya.

"Keputusan tidak bertanding di Penanti bukan keputusan Umno atau BN. Ia keputusan Najib sendiri yang takut kalah sekali lagi dalam pilihan raya kecil.

"Daripada laporan media yang kita baca sememangnya Umno Pulau Pinang, Umno Permatang Pauh dan Umno Penanti sudah siap sedia untuk bertanding malah ada yang sudah "pasang" badan hendak bertanding.

"Ahli-ahli Umno Penanti telah dikecewakan dan semangat juang mereka telah dilemahkan oleh presiden mereka sendiri," kata beliau di rancangan Kanta Media terbitan TV Antara Khamis lalu.

Badrul atau Chegu Bard berkata keputusan Najib tersebut dilihat lebih kepada mempertahankan kepentingan peribadi beliau dan bukannya berdasarkan kepada perjuangan politik.

Sementara dalam komen beliau semalam, Zainal Abidin berkata ramai ahli Umno tidak mahu keluar mengundi esok kerana kononnya tidak mahu mengkhianati parti.

"Jika mereka keluar (mengundi), ia seolah-olah mengkhianati parti. Datuk dan nenek mereka adalah pengundi BN, jadi mereka setia kepada parti," kata bekas timbalan menteri itu.

Kata beliau lagi, tindakan tidak keluar mengundi itu boleh mengurangkan rasa sombong PKR yang didakwanya mengambil mudah terhadap pengundi.

Hakikatnya menurut penganalisa politik Umno dan BN sudah tidak lagi menjadi parti pilihan rakyat.

Ini kerana tindakan Umno dan BN yang mencetuskan kemelut politik di negeri Perak serta pengalaman pahit yang dilalui rakyat berhubung penyalahgunaan kuasa dan penyelewangan pemimpin Umno dan BN telah mengasingkan penyokong mereka sendiri.

Umpamanya semasa pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang April lalu fenomena yang sama berlaku di mana ramai ahli dan penyokong Umno dan BN memilih untuk keluar mengundi kerana sudak "muak" dan "benci" dengan perangai pemimpin mereka yang bergelumang dengan amalan rasuah dan korup.

Faktor ini antara lain yang menyumbang kepada peningkatan majoriti undi yang diperolehi oleh calon Pakatan Rakyat, Mohammad Nizar Jamluddin.

Malah tidak terkejut jika keadaan yang sama berlaku. Ahli Umno yang keluar mengundi tidak keberatan untuk memberi undi mereka kepada calon Pakatan Rakyat, Mansor Othman.

Sumber :
http://www.tvantara.com/v1/newsdetails?news=1274
Back to top Go down
https://llll0o0llll.forumms.net
 
Najib Lebih Pentingkan Diri Sendiri Daripada Ahli Umno Penanti
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» AHLI-AHLI UMNO PENANTI AKAN MENGAJAR PEMIMPIN MEREKA
» AHLI-AHLI UMNO PENANTI AKAN MENGAJAR PEMIMPIN MEREKA
» Penanti. Terlakarlah Sejarah Kebaculan UMNO
» Penanti: Takut debat: Pemimpin Umno sudah hilang semangat 'jantan'
» Terjun Bunuh Diri

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Apa Kehe Yeop !!!! :: Isu - isu Terkini Politik Pakatan Rakyat-
Jump to: