Apa Kehe Yeop !!!!
Welcome , Selamat datang , 歡迎 , வணக்கம



Semoga anda ceria dan positif hari ini. Kehadiran
anda amat dialukan untuk mendapat semangat
berterusan.

Setiap ahli adalah setiap tangga untuk forum ini
maju ke hadapan.


Terima Kasih Daun Keladi Sudah Baca Lu Pikir La Sendiri.




Apa Kehe Yeop !!!!

Welcome , Selamat datang , 歡迎 , வணக்கம
 
HomeCalendarFAQSearchMemberlistUsergroupsRegisterLog in

Share | 
 

 23 MAUT DALAM LETUPAN DI MASJID IRAN

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
JJB
Admin
avatar

Posts : 211
Join date : 22/05/2009
Location : Malaysia

PostSubject: 23 MAUT DALAM LETUPAN DI MASJID IRAN   Sat May 30, 2009 9:44 am

23 MAUT DALAM LETUPAN DI MASJID TEHERAN

TEHERAN: Satu letupan bom di sebuah masjid puak Syiah di bandar Zahedan, Iran, telah menyebabkan 23 jemaah terkorban dan lagi 125 lain cedera.

Letupan itu dilaporkan berlaku di Masjid Amir al-Momenin yang merupakan masjid Syiah kedua terbesar di ibu kota wilayah Sistan-Baluchestan itu.

Menurut gabenor wilayah itu, Encik Ali Mohammad Azad, letupan itu berlaku sekitar 7.45 malam (waktu tempatan).

Bom itu meletup semasa waktu solat dan mengorbankan sebilangan jemaah. Ia merupakan satu serangan pengganas dan bom itu diletupkan oleh seorang anggota kumpulan pengganas,' katanya.

Menurut beliau, sejurus letupan itu, 'beberapa anggota kumpulan pengganas yang bergegas melarikan diri dari bandar Zahedan telah ditangkap'.

'Anggota kumpulan itu bertujuan meletupkan bom di beberapa kawasan lain di Zahedan tetapi mereka telah ditangkap ekoran usaha yang dijalankan oleh jabatan risikan wilayah,' kata Encik Ali.

Sejauh ini tiada kumpulan pengganas yang mengaku bertanggungjawab atas letupan itu.

Kelmarin merupakan hari cuti umum di Iran sebagai memperingati kematian anak perempuan Fatima Zahra, anak perempuan Nabi Muhammad saw.

Serangan itu berlaku kurang seminggu selepas Presiden Iran, Afghanistan dan Pakistan bertemu di Teheran dan mengulangi komitmen mereka untuk bekerjasama bagi menentang pengganasan dan penyeludupan dadah di rantau itu.

Ia juga berlaku menjelang pilihan raya Presiden Iran yang dijadualkan berlangsung pada 12 Jun ini.

Encik Ali berkata penjenayah dan anggota pengganas lantas bertujuan mencetuskan kekacauan di wilayah itu menjelang pilihan raya tersebut.

Bulan lalu, Iran telah menggantung tiga lelaki atas penglibatan mereka dalam pengeboman sebuah masjid Syiah pada April tahun lalu yang menyebabkan 14 orang terbunuh di bandar barat daya Shiraz, yang terletak 885 kilometer ke selatan Teheran.

Mahkamah Revolusi Iran berkata ketiga-tiga lelaki itu merupakan anggota Pertubuhan Diraja Iran, yang mahu mengguling pemerintah Islam negara itu.

Kumpulan itu berkata mereka mempunyai talian dengan Amerika.

Teheran telah beberapa kali menuduh Amerika dan Britain menyokong kumpulan militan dan kumpulan pembangkang.

Kedua-dua negara itu bagaimanapun telah menafikan tuduhan tersebut. -- AFP, AP.

Sumber :
http://kerajaanrakyat-news.blogspot.com/2009/05/23-maut-dalam-letupan-di-masjid-iran.html
Back to top Go down
View user profile http://llll0o0llll.forumotion.net
 
23 MAUT DALAM LETUPAN DI MASJID IRAN
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Apa Kehe Yeop !!!! :: Berita Umum Terkini-
Jump to: