Inilah Pemimpin Rakyat!Berikut ialah ringkasan ucapan Dato Seri Dr Zambry Abdul Kadir
Mereka yang menjadi ahli kubur sebelum ini adalah manusia biasa, tidak ada manusia yang terkecuali dari berhijrah ke alam kubur, sama ada dia rasul, nabi juga perdana menteri, menteri besar, orang kaya atau miskin tidak dapat mengelak darpada menjadi ahli kubur!
Semasa di dunia juga bertungkus lumus mencari rezeki dan menyara keluarga masing-masing, ada di antaranya kaya raya dan berpangkat besar, ada pula yang tidak berpangkat, ada juga yang punya rumah besar, ada juga yang punya rumah besar, ada yang kereta mewah manakala ada yang hidup sehelai sepinggang.
Akhirnya semua mereka kembali kepada Allah swt, ke tempat asal kita, secara suka atau terpaksa dengan pelbagai sebab dan musabab, perjalanan setiap manusia sebelum kembali kepada Allah swt berbeza-beza, mengambil iktibar tersebut saya amat berharap rumah rasmi Menteri Besar ini di jadikan tempat ilmu, dakwah, perjumpaan rakyat untuk kepentingan rakyat, kepentingan dunia dan akhirat.
Saya mahu semuanya bermula di sini dan kita gerakkan ke bandar, kawasan perumahan dan dikampung-kampung. Saya tidak mahu di pertanggungjawabkan dan di soal menjadi pemimpin yang hanya menumpukan urusan dunia sehingga lupa mengajak rakyat ke urusan akhirat!
Saya berharap semua jentera parti atau kerajaan menganjurkan majlis-majlis ilmu sebegini atau lebih baik lagi.
Terima Kasih
Sumber :http://www.parpukari.com/