Apa Kehe Yeop !!!!
Welcome , Selamat datang , 歡迎 , வணக்கம



Semoga anda ceria dan positif hari ini. Kehadiran
anda amat dialukan untuk mendapat semangat
berterusan.

Setiap ahli adalah setiap tangga untuk forum ini
maju ke hadapan.


Terima Kasih Daun Keladi Sudah Baca Lu Pikir La Sendiri.




Apa Kehe Yeop !!!!

Welcome , Selamat datang , 歡迎 , வணக்கம
 
HomeCalendarFAQSearchMemberlistUsergroupsRegisterLog in

Share | 
 

 UMNO : Digantung jawatan parti jika menghadapi tuduhan di mahkamah

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
JJB
Admin
avatar

Posts : 211
Join date : 22/05/2009
Location : Malaysia

PostSubject: UMNO : Digantung jawatan parti jika menghadapi tuduhan di mahkamah   Fri May 29, 2009 10:08 pm

UMNO : Digantung jawatan parti jika menghadapi tuduhan di mahkamah

KUALA LUMPUR: Umno memutuskan ahlinya yang menghadapi dakwaan di mahkamah akan digantung daripada jawatan dalam parti serta-merta.

Bagaimanapun, kedudukan mereka itu akan dikembalikan sekiranya didapati tidak bersalah kelak.

Perkara itu diputuskan oleh Majlis Tertinggi (MT) Umno dalam mesyuarat selama kira-kira dua jam petang tadi.

Presidennya, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak berkata, MT Umno secara prinsipnya menerima syor Jawatankuasa Pengurusan parti untuk menguatkuasakan peraturan tersebut.

“Kita dari segi prinsipnya bersetuju atas syor Jawatankuasa Pengurusan bahawa sesetengah orang itu yang dikenakan tuduhan di mahkamah, jawatannya (dalam parti) akan digantung.

“Sekiranya dia berjaya dalam proses mahkamah, dia akan mendapat semula jawatannya,” kata beliau selepas mempengerusikan mesyuarat MT.

Sementara itu, Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor ketika dihubungi mStar Online berkata, mana-mana ahli yang menghadapi dakwaan di mahkamah kini berpeluang untuk menjawat semula jawatan yang disandang mereka selepas proses mahkamah selesai.

“Dulu, jika mereka menghadapi tuduhan di mahkamah, kita akan gantung jawatan mereka.

“Sekarang, mereka akan dapat kembali jawatan mereka selepas selesai proses mahkamah itu,” katanya.

Sementara itu, MT turut bersetuju untuk menambah jumlah ahli Lembaga Disiplin termasuk panel penyiasat dan tribunal rayuan.

Najib berkata, lima ahli baru bagi lembaga itu adalah bekas Setiausaha Parlimen Kementerian Belia dan Sukan, Datuk Ismail Said; bekas Penolong Kanan Penguasa Badan Pencegah Rasuah, Wahab Wahid; peguam, Datuk Zuraidah Atan; pesara inspektor polis, Nordin Saidin dan pesara penguasa polis, Mohd Zain Ismail.

Sumber :

http://mymalaysian.wordpress.com/2009/05/30/umno-digantung-jawatan-parti-jika-menghadapi-tuduhan-di-mahkamah/
Back to top Go down
View user profile http://llll0o0llll.forumotion.net
 
UMNO : Digantung jawatan parti jika menghadapi tuduhan di mahkamah
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Apa Kehe Yeop !!!! :: Isu - Isu Terkini Politik Barisan Nasional-
Jump to: