Apa Kehe Yeop !!!!
Welcome , Selamat datang , 歡迎 , வணக்கம



Semoga anda ceria dan positif hari ini. Kehadiran
anda amat dialukan untuk mendapat semangat
berterusan.

Setiap ahli adalah setiap tangga untuk forum ini
maju ke hadapan.


Terima Kasih Daun Keladi Sudah Baca Lu Pikir La Sendiri.



Apa Kehe Yeop !!!!
Welcome , Selamat datang , 歡迎 , வணக்கம



Semoga anda ceria dan positif hari ini. Kehadiran
anda amat dialukan untuk mendapat semangat
berterusan.

Setiap ahli adalah setiap tangga untuk forum ini
maju ke hadapan.


Terima Kasih Daun Keladi Sudah Baca Lu Pikir La Sendiri.



Apa Kehe Yeop !!!!
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Apa Kehe Yeop !!!!

Welcome , Selamat datang , 歡迎 , வணக்கம
 
HomeLatest imagesSearchRegisterLog in

 

 Khir: K'jaan BN S'gor tiada kepentingan dalam PKFZ

Go down 
AuthorMessage
JJB
Admin
JJB


Posts : 211
Join date : 22/05/2009
Location : Malaysia

Khir: K'jaan BN S'gor tiada kepentingan dalam PKFZ Empty
PostSubject: Khir: K'jaan BN S'gor tiada kepentingan dalam PKFZ   Khir: K'jaan BN S'gor tiada kepentingan dalam PKFZ Icon_minitimeFri May 29, 2009 9:22 pm

K'jaan BN S'gor tiada kepentingan
May 29, 09 8:05pm Malaysiakini

Kerajaan Barisan Nasional (BN) di Selangor tidak mempunyai kepentingan dalam projek Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) yang membabitkan kos awal sebanyak RM1.85 bilion, kata bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo.

Malah, katanya pelantikan Datuk Abdul Rahman Palil sebagai pengerusi Koperasi Pembangunan Pulau Lumut (KPPL) iaitu pemilik tapak projek PKFZ, bukan dibuat atas kapasiti beliau sebagai exco Negeri ketika itu.

Sebaliknya, Dr Mohamad Khir berkata ADUN Sementa itu dilantik sebagai pengerusi oleh KPPL yang mempunyai kira-kira 2,500 ahli dan sebahagian besarnya nelayan, lapor Bernama.

"Pengambilan tanah dan penjualan tanah untuk tapak PKFZ tiada kaitan secara langsung dengan kerajaan negeri.

"Malah isu ini tidak pernah dibincangkan dalam mesyuarat exco ketika itu," kata Dr Mohd Khir kepada pemberita di Shah Alam hari ini.

Dr Mohd Khir berkata kerajaan negeri memberikan tanah itu kepada KPPL selepas dimohon antara 1995 dan 1997 dan KPPL mengadakan kerjasama membangunkan tanah itu dengan Kumpulan Dimensi Sdn Bhd (KDSB).

Beliau berkata, tanah seluas 404 hektar itu diambil mengikut Seksyen 3(1)(b) Kanun Tanah Negara yang membolehkan tanah itu diambil untuk peniagaan.

Katanya, KDSB menjual tanah itu kepada Lembaga Pelabuhan Klang (LPK) untuk dijadikan tapak PKFZ pada harga RM25 sekaki persegi dengan mengambil kira kos pembangunan asas seperti menambak tanah, membina perparitan, jalan, jambatan, paip dan bekalan air yang telah dilaksanakan.

"Tanah ini dijual lebih mahal kerana mengambil kira semua kos... tanah ini asalnya berlumpur dan berair yang tidak sesuai untuk pembangunan.

"Kerajaan negeri ketika itu tidak terbabit secara langsung dengan pembelian ini kerana ia membabitkan urusan antara KDSB dengan LPK," katanya.

PKFZ milik LPK yang lokasinya bersebelahan Pelabuhan Barat di Pulau Indah, dibangunkan untuk menjadi hab serantau bagi eksport dan pindah kapal barangan pekilangan membabitkan kos RM1.85 bilion.

Sebelum ini, kerajaan mengarahkan siasatan penuh terhadap projek PKFZ kerana dakwaan wujud penyelewengan dalam pelaksanaannya yang bernilai RM4.6 bilion, sekaligus menyebabkan projek gagal dan menjadi 'gajah putih'.
Back to top Go down
https://llll0o0llll.forumms.net
 
Khir: K'jaan BN S'gor tiada kepentingan dalam PKFZ
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Tiada maaf lagi buatmu, Dr Lo' Lo'
» Audit: Kos PKFZ boleh cecah RM12 bil
» Skandal PKFZ: Bekukan akaun mereka...
» PKFZ: Rahman Palil serah SPRM siasat
» 23 MAUT DALAM LETUPAN DI MASJID IRAN

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Apa Kehe Yeop !!!! :: Berita Umum Terkini-
Jump to: