Apa Kehe Yeop !!!!
Welcome , Selamat datang , 歡迎 , வணக்கம



Semoga anda ceria dan positif hari ini. Kehadiran
anda amat dialukan untuk mendapat semangat
berterusan.

Setiap ahli adalah setiap tangga untuk forum ini
maju ke hadapan.


Terima Kasih Daun Keladi Sudah Baca Lu Pikir La Sendiri.




Apa Kehe Yeop !!!!

Welcome , Selamat datang , 歡迎 , வணக்கம
 
HomeCalendarFAQSearchMemberlistUsergroupsRegisterLog in

Share | 
 

 Penanti: Pembangkang Mudah Lupa

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
JJB
Admin
avatar

Posts : 211
Join date : 22/05/2009
Location : Malaysia

PostSubject: Penanti: Pembangkang Mudah Lupa   Fri May 29, 2009 9:09 pm

Pembangkang Mudah Lupa

Laporan bahawa Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan membuat laporan polis terhadap saya kerana kononnya kesalahan di bawah undang-undang pilihanraya, jelas menunjukkan ketandusan idea mereka. Laporan ini adalah taktik intimidasi yang tidak berasas dan melambangkan politik juvana PKR.

Jelas sekali, motif mereka adalah untuk menghalang saya daripada bersuara, satu hak yang dijamin oleh Perlembagaan Negara kita. Hakikatnya, pengundi-pengundi Penanti mempunyai pemikiran mereka sendiri. Soal untuk pergi mengundi atau tidak adalah hak untuk mereka putuskan. Sekiranya seseorang pengundi memutuskan tidak mengundi untuk menunjukkan ketidakpuashatian mereka terhadap sesuatu, itu adalah hak mereka. Apa yang jelas, PKR tidak ada jawapan untuk tindakan bekas Timbalan Ketua Menteri "1" Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin, yang telah meletak jawatan tanpa mengambil kira kepentingan rakyat.

Janganlah pembangkang bersifat hipokrit dan lupa dengan sejarah sendiri apabila memboikot Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Batu Talam pada Januari 2007 hatta menyuruh pengundi Batu Talam agar mengoyak kertas undi sebagai tanda protes atau tidak keluar langsung mengundi sepertimana gesaan Naib Presiden PAS Muhammad Sabu. Malah, pemimpin utama PKR, Anwar Ibrahim sendiri melabelkan tindakan memboikot PRK Batu Talam sebagai bijak dan berani.

Ingin saya huraikan bahawa jika pembangkang memboikot PRK Batu Talam kerana tidak berpuas hati dan mempertikaikan sistem dan undang-undang pilihanraya, maka BN kali ini tidak mengambil bahagian dalam PRK Penanti kerana tidak mengiktiraf tindakan pencabulan hak-hak, prinsip dan institusi demokrasi oleh pembangkang yang mengosongkan kerusi tersebut sewenang-wenangnya tanpa mengambil kira kepentingan dan amanah rakyat.

Dari dulu hingga kini, pembangkang hanya asyik bermain miopia politik sempit yang menggula rakyat dengan helah dan taktik berkepentingan sendiri dan apa yang mereka lakukan kini adalah tidak lebih daripada satu manifestasi tembelang untuk melarikan diri dari tanggung jawab mereka kepada rakyat Penanti. Inilah sifat dan wajah sebenar pembangkang yang bertalam dua muka dan bersyok sendiri seperti di Batu Talam dan Penanti.

Sumber :

http://www.rembau.net.my/index.asp?http://www.rembau.net.my/news_list.asp?uid=505
Back to top Go down
View user profile http://llll0o0llll.forumotion.net
 
Penanti: Pembangkang Mudah Lupa
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Apa Kehe Yeop !!!! :: Blog Panas Barisan Nasional-
Jump to: