Apa Kehe Yeop !!!!
Welcome , Selamat datang , 歡迎 , வணக்கம



Semoga anda ceria dan positif hari ini. Kehadiran
anda amat dialukan untuk mendapat semangat
berterusan.

Setiap ahli adalah setiap tangga untuk forum ini
maju ke hadapan.


Terima Kasih Daun Keladi Sudah Baca Lu Pikir La Sendiri.




Apa Kehe Yeop !!!!

Welcome , Selamat datang , 歡迎 , வணக்கம
 
HomeCalendarFAQSearchMemberlistUsergroupsRegisterLog in

Share | 
 

 ZAMBRY NIZAR:KENAPA BILA KALAH MAHKAMAH MENJADI SASARAN NIZAR

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
JJB
Admin
avatar

Posts : 211
Join date : 22/05/2009
Location : Malaysia

PostSubject: ZAMBRY NIZAR:KENAPA BILA KALAH MAHKAMAH MENJADI SASARAN NIZAR   Sat May 23, 2009 4:21 am



ZAMBRY NIZAR:KENAPA BILA KALAH MAHKAMAH MENJADI SASARAN NIZAR.
Sabtu, 2009 Mei 23

Bila mahkamah Tinggi memutuskan Nizar sebagai MB ,Nizar dan pemimpin Pas menyifatkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sebagai berjaya menghidupkan kembali demokrasi di Perak.Demokrasi yang koma selama tiga bulan hidup balik dan berharap pihak yang bertanggungjawab mengotorkan demokrasi di Perak itu insaf, bertaubat dan meminta maaf kepada rakyat Perak kerana telah menyalahgunakan kuasa.Inilah kata kata pemimpin Pas bila Nizar menang kes di mahkamah Tinggi.

Tapi bila mahkamah rayuan memutuskan Zambry sebagai MB Perak Yang Sah,banyak tohmahan yang dilemparkan dengan menyifatkan sudah ada keputusan yang dibuat untuk memenangkan Zambry.Ini satu tuduhan yang tidak berasas dan hanya orang kecewa yang beranggapan sedemikian.

Bagi Nizar dan Pas mereka menerima mahkamah hanya bila kemenangan memihak pada mereka,tapi sebaliknya sekiranya keputusan tidak memihak pada mereka.Inilah sikap Pas yang tidak redha dengan ketentuan ILLAHI dan tidak mahu bermuhasabah diri.Seharusnya Nizar
menerima keputusan Mahkamah Rayuan yang secara konsensus mengesahkan kedudukan Zambry sebagai Menteri Besar Perak.

Kerajaan negeri yang sah hari ini perlu diberi peluang mentadbir Perak demi kebaikan rakyat tanpa diganggu-gugat oleh apa jua tindakan dan pertimbangan politik.Nizar perlu sedar bahawa kemelut politik yang berlarutan sebelum ini telah menyebabkan rakyat berasa bosan dan ia sepatutnya dihentikan segera.Biarlah semua pihak melalui proses mahkamah dan biarlah kerajaan yang sah hari ini mentadbir Perak demi rakyat tanpa diganggu gugat dengan tindakan dan pertimbangan politik, saya yakin ramai dah bosan dengan pendekatan politik semata-mata.

Apa yang telah diputuskan mahkamah adalah mengikut lunas undang-undang dan tidak sepatutnya wujud sebarang pertikaian lain berhubung keputusan itu.Nizar harus akur dengan ketetapan tersebut dan menerimanya dengan hati dan sikap terbuka seperti yang ditunjukkan oleh Zambry ketika Mahkamah Tinggi sebelum ini memutuskan beliau bukan Menteri Besar Perak.Bagi saya Nizar mahu pun pembangkang bukan setakat harus bersikap matang, tetapi juga menerima hakikat situasi di Perak sekarang.

Undang-undang Tubuh Negeri Perak sebenarnya memiliki fasal yang amat jelas berhubung perkara itu dan pembangkang sepatutnya sudah memahami perkara itu sejak dari awal lagi dan tidak mempersoalkan apa-apa lagi.Tuanku Sultan Perak telah bertindak sangat adil dengan menilai sendiri siapa yang memiliki sokongan majoriti, hasilnya baginda berkenan dengan kedudukan Zambry yang nyata mendapat sokongan yang lebih berbanding Nizar.

Segalanya sudah jelas dan terang tentang isu di Perak dan saya berharap Zambry dapat melaksanakan tugas membela rakyat dan membangunkan negeri dan diharap juga Nizar dapat menerima semua ini dengan redha,bahawa semua ini adalah ketentuan dari ILLAHI.

RENUNG RENUNG KAN LA...LU PIKIR LA SENDIRI

http://kamalfarsya.blogspot.com/2009/05/zambry-nizarkenapa-bila-kalah-mahkamah.html
Back to top Go down
View user profile http://llll0o0llll.forumotion.net
 
ZAMBRY NIZAR:KENAPA BILA KALAH MAHKAMAH MENJADI SASARAN NIZAR
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Apa Kehe Yeop !!!! :: Blog Panas Barisan Nasional-
Jump to: